Wednesday 11 November 2015

KENALI PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Permainan Dan Cara Bermain

Permainan tradisional semakin dilupakan. Suatu masa dahulu, permainan seperti congkak, batu seremban, baling selipar, konda kondi, guli, galah panjang, sepak takraw dan gasing merupakan aktiviti permainan yang sangat diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Permainan tradisional lebih melibatkan nilai sosialisasi antara pemain dan biasanya menghasilkan kegembiraan dan keseronokan selepas bermain.Perasaan teruja untuk bermain lagi adalah biasa dalam permainan tradisional.Pengalaman bermain merupakan pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan malah pasti akan dirindui apabila kita semakin dewasa kelak.

Mari kita kenali beberapa permainan tradisional yang admin rasa sangat seronok untuk dimainkan bersama.


1) Permainan Baling Selipar

 Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkannya.

Cara Bermain :

1. Boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan.
2. Memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal untuk elakkan kecederaan.
3.Selipar yang ditegakkan berbentuk segitiga dan satu selipar untuk dibaling.
4. Memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang disusun.
5.Setiap pemain berpeluang membuat balingan sebanyak 3 kali.
6. Jika balingan tidak mengenai susunan selipar, peluang diberi kepada pihak lawan.
7. Jika berjaya jatuhkan selipar, pemain kumpulan akan berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan kepada pihak lawan.
8. Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.




2) Permainan Galah Panjang

 Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Cara Bermain :

  1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
  3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.
  5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.




3) Permainan Congkak

 Permainan congkak melibatkan pengiraan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.

Cara Bermain :

1. Dua orang pemain diperlukan dalam kedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
2.  Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya secara serentak. 
3.  Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
4.   'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.
5.   Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.
6.  Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
7.  Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu.
8.  Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan.
9.  Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.






MARI CUBA!!!!







15 comments:

  1. Mengingatkan sy ketika di prasekolah

    ReplyDelete
  2. Baling selipar plg ank2 suka..sbb apa blh baling org dgn selipar...maun asik hilang selipar je nnt...

    ReplyDelete
  3. permainan tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. masih relevan sampai skrg. keep it up teacher!

    ReplyDelete
  4. permainan tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. masih relevan sampai skrg. keep it up teacher!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas komen semua...betul3 permainan ni mmg seronok...tp ramai anak tabika xtahu nak main...hihi..cikgu mmg kene imbau btul2 sudah lupa cara main..hihi

    ReplyDelete
  6. Sangat menarik... Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. Saya suke main baling selipar

    ReplyDelete
  8. Maklumat yang menarik, terima kasih

    ReplyDelete
  9. Sangat menarik... Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  10. Sangat membantu bg saya untuk menerangkn pd anak saya cara2 permaianan tradisional yg dulu2 ...
    Anak2 dh mula cuba main galah pnjg...
    Tq tacher mazza...

    ReplyDelete
  11. Trima ksh ats perkongsian. Sgt membantu... Deabakkk

    ReplyDelete
  12. Good luck k.maza..semoga blog ni dpt perkongsian yg byk manfaat nye..ank sy suka klau upin ipin ada...

    ReplyDelete
  13. Good luck k.maza..semoga blog ni dpt perkongsian yg byk manfaat nye..ank sy suka klau upin ipin ada...

    ReplyDelete