Wednesday 11 November 2015

KENALI KEMUDAHAN AWAM



1) TELEFON AWAM

Telefon awam juga dikenali sebagai telefon berbayar atau telefon umum yang boleh digunakan oleh orang awam dengan bayaran mengikut tempoh panggilan, masa dan jarak digunakan.Bayaran tersebut menggunakan duit syiling, kad debit (termasuk kad telefon) atau kad kredit sebelum panggilan dibuat.










2) TAMAN AWAM

Taman awam disediakan untuk orang awam beriadhah, beristirehat, menenangkan fikiran dan usaha untuk menguruskan stress dan penat setelah bekerja. Disediakan tanpa bayaran dan padat dengan kemudahan riadhah.Perlu mengikut peraturan yang disediakan agar peralatan tahan lasak dan tahan lama.





3) HENTIAN BAS AWAM
Hentian bas awam disediakan untuk orang awam menunggu bas awam yang biasanya tiba mengikut masa dan jadual tertentu. Hentian bas ini biasanya melibatkan tempat duduk dan bumbung untuk orang awam berteduh daripada panas dan hujan ketika sedang menunggu bas. Hentian bas sebegini melibatkan penggunaan bas henti-henti.




4) TANDAS AWAM

Tandas awam biasanya memerlukan sedikit bayaran bertujuan untuk penyelenggaraan yang lebih baik bagi tandas tersebut. Tandas awam disediakan di taman-taman awam dan pusat rekreasi awam seperti pantai.Tandas dapat dijaga dengan baik sekiranya kita sebagai pengguna juga menjalankan tanggungjawab menjaganya.




5) PENGANGKUTAN AWAM
Pengangkutan awam terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi, keretapi, feri dan monorel disediakan untuk memudahkan orang awam bergerak daripada satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan kadar bayaran tertentu dan lebih menjimatkan berbanding memandu kenderaan sendiri, selain dapat mengelakkan kesesakan lalulintas.





JAGALAH KEMUDAHAN AWAM UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA!!!!





9 comments:

  1. Sangat menarik... Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Susah nak jumpa telefon awam yg sentiasa elok..selau rosak...perlu kesedaran sebenarnya.apapun, good info.tahniah

    ReplyDelete
  3. Gaya pembelajaran yang kreatif dan minat students

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik... Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete