Thursday 12 November 2015

KENALI TEMPAT AWAM

1) HOSPITAL
Hospital menempatkan para pesakit pelbagai penyakit dengan menyediakan rawatan dan perubatan secara profesional oleh kakitangan hospital yang berkelayakan dan berkemahiran dalam bidang tersebut. Hospital awam atau hospital kerajaan merupakan hospital yang dimiliki oleh kerajaan dan menerima pendanaan kerajaan. Hospital sebegini menyediakan rawatan perubatan secara percuma atau pada kos minimum, di mana hampir segala kosnya ditanggung oleh kerajaan. Hospital sebegini juga merupakan hospital paling lazim di dunia.
(Layari link berikut untuk keterangan lanjut mengenai hospital)  
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hospital_awam




2) BALAI POLIS

Balai polis ialah bangunan yang berfungsi sebagai pusat operasi untuk pegawai polis dan ahli-ahli kakitangan yang lain. Bangunan-bangunan ini mengandungi pejabat dan tempat penginapan yang lengkap untuk kegunaan kakitangan dan kenderaan, bersama dengan bilik gerobok, lokap dan bilik wawancara atau soal siasat.
(Layari link berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Balai Polis)






3) BALAI BOMBA
Balai Bomba merupakan bangunan khas yang menempatkan pasukan bomba, kereta bomba dan alatan memadamkan api yang lengkap.
(Layari link berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Balai Bomba)

VIDEO CARA MEMADAMKAN API





4) PERPUSTAKAAN AWAM

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), sesebuah institusi mahupun persendirian. Jika dahulunya perpustakaan digunakan untuk menyimpan  pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi oleh kerana kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini menjadi gudang menyimpan pelbagai sumber bahan bercetak, elektronik dan bahan bukan bercetak. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. 
(Layari link berikut untuk mengetahui jenis-jenis perpustakaan)






5) STESEN BAS AWAM

Stesen bas ialah sebuah struktur di mana bas bandar atau bas antara bandar berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Ia lebih besar daripada perhentian bas (bus stop) yang biasanya terletak hanya di sebuah tempat tentuan di tepi jalan, di mana bas tersebut dapat berhenti. Ia bertujuan dijadikan sebagai stesen terminal untuk sebilangan laluan atau sebagai stesen pertukaran di mana laluan-laluan bertemu.

IKUT PERATURAN SEMASA BERADA DI TEMPAT AWAM




Wednesday 11 November 2015

KENALI KAUM DI MALAYSIA

SIAPA SAYA?

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur.Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar, suku bangsa. Kaum juga ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi bangsa.

Bangsa pula mempunyai 3 maksud utama iaitu :
1) Jenis manusia daripada 1 asal keturunan.
2) Kumpulan manusia dalam 1 ikatan tatanegara.
3) Satu kelompok atau kumpulan manusia yang sama di sesuatu kawasan atau tempat.



1) KAUM MELAYU

Melayu merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk Bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatera, pesisir pantai Borneo dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina. Bangsa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Pakaian : Baju Melayu, kebaya, kurung, songkok, kain pelekat
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis , nasi lemak
 Permainan  :congkak, gasing, wau
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus
 Perayaan : Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian lilin, tarian piring

 Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu


 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU :
Baju Melayu & Baju Kurung
Baju Melayu & Baju Kebaya
Baju Melayu Bertanjak & Baju Kebaya labuh


 
 TARIAN ULEK MAYANG



2) KAUM CINA

 Pakaian : Han Fu, Ceongsam, Sam Fu
Suku Kaum : Teochew, Hakka, Hokkien
Makanan : kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum
 Permainan  : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram
 Perayaan : Tahun Baru China, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : tarian kipas, tarian singa, tarian payung

 Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
 Bahasa :Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA :
Sam Fu & Ceongsam
Sam Fu & Ceongsam
Sam Fu & Ceongsam
TARIAN KIPAS


3) KAUM INDIA 

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu.
Permainan  : kaudi 

Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya.
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam.
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam.
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam.


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA :

Pakaian Tradisional India
Sari
Pakaian Lelaki India

TARIAN TRADISIONAL INDIA 



4) SUKU KAUM DI SABAH


SUKU KAUM KADAZANDUSUN
SUKU KAUM MURUT
SUKU KAUM BAJAU


 
 TARIAN SUMAZAU-KADAZAN


5) SUKU KAUM DI SARAWAK 



SUKU KAUM BIDAYUH
MASYARAKAT ETNIK DI SARAWAK
 
SUKU KAUM IBAN
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak.Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.




TARIAN NGAJAT-IBAN


MASYARAKAT MALAYSIA SEHATI SEJIWA  ...



KENALI PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Permainan Dan Cara Bermain

Permainan tradisional semakin dilupakan. Suatu masa dahulu, permainan seperti congkak, batu seremban, baling selipar, konda kondi, guli, galah panjang, sepak takraw dan gasing merupakan aktiviti permainan yang sangat diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Permainan tradisional lebih melibatkan nilai sosialisasi antara pemain dan biasanya menghasilkan kegembiraan dan keseronokan selepas bermain.Perasaan teruja untuk bermain lagi adalah biasa dalam permainan tradisional.Pengalaman bermain merupakan pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan malah pasti akan dirindui apabila kita semakin dewasa kelak.

Mari kita kenali beberapa permainan tradisional yang admin rasa sangat seronok untuk dimainkan bersama.


1) Permainan Baling Selipar

 Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkannya.

Cara Bermain :

1. Boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan.
2. Memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal untuk elakkan kecederaan.
3.Selipar yang ditegakkan berbentuk segitiga dan satu selipar untuk dibaling.
4. Memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang disusun.
5.Setiap pemain berpeluang membuat balingan sebanyak 3 kali.
6. Jika balingan tidak mengenai susunan selipar, peluang diberi kepada pihak lawan.
7. Jika berjaya jatuhkan selipar, pemain kumpulan akan berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan kepada pihak lawan.
8. Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.




2) Permainan Galah Panjang

 Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Cara Bermain :

  1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
  3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.
  5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.




3) Permainan Congkak

 Permainan congkak melibatkan pengiraan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.

Cara Bermain :

1. Dua orang pemain diperlukan dalam kedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
2.  Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya secara serentak. 
3.  Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
4.   'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.
5.   Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.
6.  Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
7.  Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu.
8.  Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan.
9.  Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.






MARI CUBA!!!!







KENALI CUACA KITA

APA ITU CUACA?

Cuaca adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosferaplanet. Istilah ini biasanya digunakan untuk memaksudkan aktiviti fenomena ini selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih dari beberapa hari panjangnya. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali secagai iklim.


1) CUACA HUJAN


Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair seperti  salji, hujan batu dan hujan ais.Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan.Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.
MEKANISME KEJADIAN HUJAN



2) CUACA PANAS


Panas ialah keadaan di mana matahari bersinar terang dan udara terasa panas. Suhu di dataran rendah umumnya berbeza dengan suhu di dataran tinggi. Apabila kita berada di dataran rendah, maka udaranya akan terasa panas. Sebaliknya, jika kita berada di dataran tinggi, maka udaranya akan terasa sejuk
MEKANISME PENYERAPAN BAHANG PANAS MATAHARI OLEH BUMI



 3) CUACA BERANGIN



Angin Darat dan Angin Laut adalah angin yang bergerak dalam daerah darat dan laut. Angin Laut adalah jenis angin yang bergerak dari lautan ke daratan, sebaliknya pada malam hari, daratan lebih dingin daripada lautan.Saat itu udara bergerak dari daratan ke lautan, peristiwa ini 
disebut Angin Darat.
Adanya angin darat dan angin laut ini menyebabkan perubahan garis pantai. Air laut atau ombak yang dihasilkan angin lama kelamaan akan mengikis pasir atau batuan pantai. Air laut membawa pasir atau serpihan batu ke laut.Akibatnya, garis pantai mengalami perubahan.
 
MEKANISME ANGIN DARAT DAN ANGIN LAUT



4) CUACA MENDUNG

Mendung adalah keadaan di mana awan sarat mengandungi hujan, dalam keadaan langit yang agak gelap dan tiada sinar matahari (kerana tertutup awan).
MEKANISME TERJADINYA PENGUMPULAN AWAN-MENDUNG
APA CUACA DI TEMPAT ANDA SEKARANG?

KENALI KEMUDAHAN AWAM



1) TELEFON AWAM

Telefon awam juga dikenali sebagai telefon berbayar atau telefon umum yang boleh digunakan oleh orang awam dengan bayaran mengikut tempoh panggilan, masa dan jarak digunakan.Bayaran tersebut menggunakan duit syiling, kad debit (termasuk kad telefon) atau kad kredit sebelum panggilan dibuat.










2) TAMAN AWAM

Taman awam disediakan untuk orang awam beriadhah, beristirehat, menenangkan fikiran dan usaha untuk menguruskan stress dan penat setelah bekerja. Disediakan tanpa bayaran dan padat dengan kemudahan riadhah.Perlu mengikut peraturan yang disediakan agar peralatan tahan lasak dan tahan lama.





3) HENTIAN BAS AWAM
Hentian bas awam disediakan untuk orang awam menunggu bas awam yang biasanya tiba mengikut masa dan jadual tertentu. Hentian bas ini biasanya melibatkan tempat duduk dan bumbung untuk orang awam berteduh daripada panas dan hujan ketika sedang menunggu bas. Hentian bas sebegini melibatkan penggunaan bas henti-henti.




4) TANDAS AWAM

Tandas awam biasanya memerlukan sedikit bayaran bertujuan untuk penyelenggaraan yang lebih baik bagi tandas tersebut. Tandas awam disediakan di taman-taman awam dan pusat rekreasi awam seperti pantai.Tandas dapat dijaga dengan baik sekiranya kita sebagai pengguna juga menjalankan tanggungjawab menjaganya.




5) PENGANGKUTAN AWAM
Pengangkutan awam terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi, keretapi, feri dan monorel disediakan untuk memudahkan orang awam bergerak daripada satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan kadar bayaran tertentu dan lebih menjimatkan berbanding memandu kenderaan sendiri, selain dapat mengelakkan kesesakan lalulintas.





JAGALAH KEMUDAHAN AWAM UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA!!!!